Monday, October 25, 2021

Typical Duties of Welding Inspector


 

SMAW Welding Process

Dalam proses kimpalan ini, arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod yang bersalut bahan lakur digunakan sebagai logam penambah. Apabila elektrod disentuhkan pada permukaan logam, arka akan wujud diantara hujung elektrod dengan logam. Bahan lakur (Flux) bertindak sebagai gas pelindung ke atas kawasan yang dikimpal. Gambar rajah menunjukan prinsip operasi proses kimpalan SMAW





Credit: YOUTUBE




Bintulu IWICC QR Code


 

Sunday, October 24, 2021

NON-DESTRUCTIVE TEST (PENETRANT TEST)

 

Ujian tanpa musnah ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk memeriksa hasil kimpalan tanpa perlu memusnahkan benda kerja atau logam kimpal yang hendak diuji. Kaedah ini juga memerlukan pemeriksa yang berkelayakan dan juga kelengkapan peralatan yang dikhaskan.

Kaedah ini juga dapat mengenalpasti kecacatan kimpalan sama ada dipermukaan atau bahagian dalam logam kimpal.

Oleh kerana ujian ini dijalankan dengan menggunakan alat khas, maka ia sesuai digunakan untuk menguji kerja kimpalan yang besar dan mahal. Terdapat lima kaedah ujian seperti berikut. 

JENIS-JENIS UJIAN TANPA MUSNAH

1.1         Magnetic particle inspection (MT)

1.2         Dye penetrant inspection (PT)

1.3         Radiographic inspection (RT)

1.4         Ultrasonic inspection (UT)

Video berikut menunjukan salah satu kaedah yang biasa digunakan iaitu Penetrant Test (PT).

Credit: YOUTUBE




LATAR BELAKANG IWICC


Program Welding Inspection and Non-Destructive Test (NDT) merupakan kursus dalam bentuk pembelajaran bilik kuliah mahupun dewan kuliah yang dianjurkan oleh IKM Bintulu dengan kerjasama daripada IWICC IKM Jasin dan TWI Malaysia. Kursus ini menawarkan sijil kompetensi Welding Inspection dan NDT yang diiktiraf oleh badan antarabangsa Certification Scheme For Personnel (CSWIP). Program IWICC ini beroperasi dibawah Jabatan Fabrikasi dan dua (2) pengajar yang menpunyai sijil kompetensi  CSWIP bidang kimpalan.

Program IWICC merupakan program alternatif yang dijalankan di institusi pendidikan kemahiran MARA adalah bertujuan untuk memberikan peluang peningkatan kompetensi di kalangan pekerja industri bumiputera yang masih belum mempunyai Sijil Kekompetanan yang diiktiraf industri.

Kursus ini dibuka kepada seluruh Sarawak dan Sabah yang terdiri daripada pihak industri, Institut Kemahiran MARA (IKM), Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengwujudan IWICC dijangka akan memberi peluang kepada orang awam yang tidak dapat mengikuti program secara sepenuh masa. Selain itu program ini diadakan oleh pihak MARA sebagai sokongan kepada keperluan industri yang mengalami masalah kekurangan orang kompeten welding inspector dan NDT di dalam sektor perindustrian di Malaysia. Program sebegini akan banyak memberi manfaat kepada industri dan institut latihan mendapatkan maklumat semasa berkaitan dengan bidang kimpalan. Sekaligus, ia mampu melahirkan tenaga pekerja yang berkemahiran dan berkompetensi dari IKM Bintulu, industri dan institusi yang lain. 

Sila layari https://www.facebook.com/bintuluIWICC untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan.


                                                   








Non-Destructive Test (Penetrant Test)