Program Welding Inspection and Non-Destructive Test (NDT) merupakan kursus dalam bentuk pembelajaran bilik kuliah mahupun dewan kuliah yang dianjurkan oleh IKM Bintulu dengan kerjasama daripada IWICC IKM Jasin dan TWI Malaysia. Kursus ini menawarkan sijil kompetensi Welding Inspection dan NDT yang diiktiraf oleh badan antarabangsa Certification Scheme For Personnel (CSWIP). Program IWICC ini beroperasi dibawah Jabatan Fabrikasi dan dua (2) pengajar yang menpunyai sijil kompetensi CSWIP bidang kimpalan.
Program IWICC merupakan program alternatif yang dijalankan di institusi pendidikan kemahiran MARA adalah bertujuan untuk memberikan peluang peningkatan kompetensi di kalangan pekerja industri bumiputera yang masih belum mempunyai Sijil Kekompetanan yang diiktiraf industri.
Kursus ini dibuka kepada seluruh Sarawak dan Sabah yang terdiri daripada pihak industri, Institut Kemahiran MARA (IKM), Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Pengwujudan IWICC dijangka akan memberi peluang kepada orang awam yang tidak dapat mengikuti program secara sepenuh masa. Selain itu program ini diadakan oleh pihak MARA sebagai sokongan kepada keperluan industri yang mengalami masalah kekurangan orang kompeten welding inspector dan NDT di dalam sektor perindustrian di Malaysia. Program sebegini akan banyak memberi manfaat kepada industri dan institut latihan mendapatkan maklumat semasa berkaitan dengan bidang kimpalan. Sekaligus, ia mampu melahirkan tenaga pekerja yang berkemahiran dan berkompetensi dari IKM Bintulu, industri dan institusi yang lain.
Sila layari https://www.facebook.com/bintuluIWICC untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment